mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku Tahun Ketiga 2018 (September)

CELIK IT MUHAMMAD ZAMIR AZRAIE BIN AZILAN

Nama : Muhammad Zamir Azraie Bin Azilan
Umur  : 21 tahun
Ahli     : 2017

Latar Belakang

Adik Zamir adalah seorang pelajar IPTA yang menggunakan masa  beliau dengan mengikuti kelas komputer yang disediakan di Pusat Internet Kg Tala apabila pulang ke kampung semasa cuti semester.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet

Beliau hanya tahu menggunakan internet tanpa sebarang pengetahuan mengenai Microsoft Office. Beliau juga takut untuk menggunakan komputer. Beliau juga merasa kekok semasa mencari maklumat menggunakan internet. 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet

Beliau sudah mahir menggunakan Microsoft Word, Excel dan Power Point. Ini akan memudahkan urusan beliau di IPTA dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Beliau juga telah mahir menggunakan internet apabila mencari bahan-bahan untuk kerja beliau.