Tarikh | : 15 September 2018 |
Masa | : 9.00 pagi – 2.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Tala |
Peserta | : 100 orang |
Tujuan :
Program ini diadakan untuk memberikan penghargaan kepada komuniti Kg Tala dan sekitarnya dengan mengadakan pelbagai aktiviti untuk mengeratkan lagi hubungan di antara petugas dan komuniti setempat. Selain itu, dengan adanya program seperti ini, pusat internet dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pusat internet selain penggunaan komputer.
Aktiviti :
Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa program berlangsung. Antara program yang telah dilaksanakan ialah taklimat Klik Dengan Bijak dan memperkenalkan sebenarnya.my, taklimat E-rezeki, taklimat usahawan, kuiz dashboard, pertandingan mewarna, pertandingan aneka rasa kerabu, pertandingan azan, e-waste dan myhealth. Selain itu, booth pameran dari Telekom Malaysia, team Cuckoo, usahawan Kg Tala dan insurans juga disediakan. Sambutan yang diterima amat menggalakkan walaupun hari hujan. Majlis dirasmikan oleh En. Mahadzir Abd Hamid selaku pengerusi Pusat Internet Kg Tala dan diiringi oleh wakil Telekom Malaysia dan MSD wilayah Utara.