Tarikh | : 02 September 2019 |
Masa | : 10.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Tala |
Peserta | : 20 orang |
Tujuan :
Program ini diadakan bersempena dengan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos baru-baru ini. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat cintakan negara kepada pelajar-pelajar. Ia juga dapat menggalakkan pelajar untuk mengakses internet semasa mencari jawapan.
Aktiviti :
Aktiviti Teka Silang Kata telah diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah mengikut umur. Pelajar diberi kebebasan untuk menggunakan medium internet semasa menjalankan aktiviti tersebut. Dengan secara tidak langsung, para pelajar terbabit dapat memahirkan diri mereka di dalam penggunaan komputer. Para Pelajar memberikan sokongan yang amat baik semasa aktiviti berlangsung.