mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Ogos- Program Hari Kemerdekaan Bersama Agensi di Keda Bendang Man

Tujuan  :

Program ini diadakan bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang bakal tiba pada 31 Ogos ini. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat cintakan negara kepada komuniti setempat serta memberikan galakan kepada komuniti untuk memerdekakan minda mereka dari anasir-anasir yang tidak sihat.

Aktiviti  :

Pusat Internet Kluster Sik mengadakan pelbagai aktiviti semasa program dijalankan. Antara aktiviti yang telah dilakukan ialah mewarna untuk pelajar sekolah rendah, kuiz berkaitan sejarah Malaysia untuk pelajar sekolah menengah, teka silang kata ICT dan sejarah Malaysia untuk orang ramai. Petugas juga memberikan taklimat kepada usahawan yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kelas usahawan di bawah Pusat Internet. Agensi lain juga telah mengadakan booth seperti Coway dan JPJ. Aktiviti bersurai pada jam 2. 00 petang.

Gambar di sini