mcmc
Keusahawanan

Usahawan Srikanis Cake House

Nama           : Noor Aini Abdullah

No. Telefon   : 019-5932049

Graduan lepasan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Noor Aini Abdullah berusia 28 tahun yang berasal dari Kampung Sungai Semiar, Jeneri  telah meninggalkan jawatan  pengurus untuk menghadapi cabaran lebih besar iaitu membuka kedai roti dan kek.

Beliau memulakan perniagaan dengan modal RM15,000 dan mendapat kerjasama dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) serta FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan). Beliau  berani untuk menghadapi cabaran di dalam bidang perniagaan yang diminatinya.