Tarikh | : 14 Mac 2018 |
Masa | : 9.30 pagi – 12.30 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Tala |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta iaitu pelajar lepasan SPM untuk lebih mahir di dalam menaip menggunakan papan kekunci dengan betul. Ini bagi memudahkan membuat tugasan dengan mudah dan sempurna di dalam pembelajaran mereka di masa depan samada di Universiti, Politeknik mahupun Kolej.
Aktiviti :
Peserta diajar untuk membuat latihan menaip dengan betul secara online. Peserta membuat latihan di laman web typingme.com di mana peserta harus menggunakan kesemua sepuluh jari mereka untuk menaip menggunakan latihan yang disediakan setiap peringkat mengikut kedudukan jari mereka.