Tarikh | : 19 Mac 2018 |
Masa | : 8.00 pagi hingga 2.00 petang |
Peserta | : 100 orang |
Lokasi | : Perkarangan Tapak De’ Lima Mart |
Tujuan:
Program ini bertujuan untuk mendekatkan lagi petugas Pusat Internet dengan komuniti setempat. Ia juga bertujuan untuk memberikan maklumat kepada komuniti setempat tentang perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Internet serta mengajak komuniti untuk lebih berhati-hati semasa menggunakan media sosial.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan semasa program berlangsung. Antaranya ialah Kuiz Klik Dengan Bijak, memperkenalkan Dashboard MyKomuniti, MySoal, MyHealth dan pendaftaran ahli Pusat Internet. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan di mana rata-rata komuniti di Batu 5, Sik tidak mengjangkakan bahawa terdapat perkhidmatan lain yang disediakan seperti MyHealth di Pusat Internet selain penggunaan internet dan kelas ICT.
Dengan mengikuti program seperti ini, komuniti dapat bermesra serta lebih mengetahui tentang kelebihan Pusat Internet. Sehubungan itu, komuniti setempat akan sentiasa mengunjungi Pusat Internet untuk mendapatkan perkhidmatan yang telah disediakan.