Tarikh | : 11 Mac 2018 |
Masa | : 8.00 pagi hingga 2.00 petang |
Peserta | : 180 orang |
Lokasi | : SK Seri Ampang Muda, Belantek |
Tujuan:
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet kepada penduduk luar bandar. Ia juga bertujuan untuk memberikan maklumat kepada komuniti setempat tentang perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Internet serta mengajak komuniti untuk lebih berhati-hati semasa menggunakan media sosial.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan semasa program berlangsung. Antaranya ialah Kuiz Klik Dengan Bijak, Roda Impian, ‘Talk KDB’,’E-Waste’ dan Dashboard MySoal. MySoal diketengahkan pada program tersebut kerana untuk menggalakan komuniti bijak di dalam menyalurkan sesuatu persoalan ataupun cadangan tanpa perlu menyalahgunakan medium media sosial.