Tarikh | : 1 Mac 2018 |
Masa | : 9:30 pagi hingga 12:30 tengah hari |
Peserta | : 2 orang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Tala |
Tujuan:
Kelas ini dihadiri oleh 2 orang pelajar lepasan sekolah. Tujuan bengkel ini diadakan pada setiap hujung minggu adalah untuk menggalakkan para pelajar untuk memahirkan diri mereka di dalam E-pembelajaran.
Aktiviti
Para pelajar diajar mengenai cara untuk mengisi borang permohonan aplikasi UPU online. Sesi pembelajaran modul ini dibahagikan kepada 2 sesi pada setiap hujung minggu. Hari pertama Jumaat peserta akan diajar untuk mendaftar akaun dan mengisi maklumat diri mereka. Hari kedua Sabtu pula, peserta diajar untuk memilih jurusan dan universiti pilihan mereka serta terus menghantar borang online yang telah lengkap diisi.