mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan Februari 2018

Tarikh    : 08 Februari 2018

Masa     : 8.00 pagi – 2.00 petang

Lokasi   : Pantai Kg pokok Jerai

Peserta : 100 orang

Tujuan:

Seramai lebih kurang 100 orang komuniti setempat telah menghadiri program pelepasan anak ikan anjuran Komuniti Kg Pokok Jerai dan Jabatan Perikanan Negeri Kedah. Tujuan program ini diadakan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat di perkampungan tersebut serta kawasan sekitarnya. Justeru itu, ia dapat melahirkan ramai usahawan di petempatan tersebut.

Aktiviti

Program dimulakan dengan bacaan doa dan taklimat daripada wakil rakyat serta pegawai Jabatan Perikanan Negeri Kedah. Selepas itu, acara menangkap ikan menggunakan Laplai dijalankan. Seterusnya, diikuti dengan pelepasan benih anak ikan ke sungai. Sementara itu, booth Pusat Internet telah menjalankan aktiviti advokasi dan keusahawanan di mana petugas memberikan pendedahan kepada orang ramai tentang cara mempromosikan produk barangan mereka di media sosial. Selain itu, petugas juga memberikan taklimat tentang pembuangan sisa elektronik secara yang betul. Program diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

Gambar di sini