Permulaannya hanya sebagai bidan terjun sahaja kerana menggantikan peserta yang tidak dapat menghadirkan diri berkursus mengenai asas penanaman cendawan tiram yang dianjurkan untuk membantu golongan penoreh di daerah ini menambah pendapatan.
Namun siapa sangka, akhirnya wanita berkenaan bertekad menjadikan tanaman cendawan itu sebagai sumber pendapatannya.
Penoreh dari Kampung Jelutung, Siti Nurihah Senawi, 55, bersyukur kerana usahanya sejak 2015 mendatangkan hasil lumayan apabila tanaman cendawan tiram putih (pleurotus florida) semakin berkembang dan mendapat permintaan ramai.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kedah/penoreh-jadi-usahawan-cendawan-1.488063#ixzz4lkhyHl24
© Utusan Melayu (M) Bhd