mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – FARIDAH ABDULLAH

Latar belakang

Puan Faridah adalah seorang suri rumah. Dengan minat dan bakat yang ada beliau mula mengambil tempahan jahitan baju dan mendapat sambutan dari rakan-rakan dan jiran. Lama kelamaan beliau mendapat tempahan pelbagai jenis barangan seperti contoh, sarung bantal, cadar, langsir dan lain-lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan beliau dianggarkan antara RM150-RM250. Jahitan ditempah dari kalangan kawan dan jiran terdekat. Dan pola jahitan adalah yang asas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah penyertaan kelas usahawan digital di Pusat internet komuniti, sasaran pelanggan beliau lebih meluas dengan periklanan di FB Page dan juga Whatsapp. Anggaran pendapatan beliau meningkat dari RM300-RM400. Pola jahitan beliau juga lebih trendy dan mengikut peredaran masa. Beliau memenuhi permintaan pelanggan untuk memiliki tilam bayi kekabu dan juga set bayi