Bantuan Ibu Tunggal RM300 Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat
Bantuan ibu tunggal ini akan dibayar terus ke akaun ibu tunggal sebanyak RM300 secara one-off sebelum Hari Raya Aidiladha.
Cara Memohon
Untuk memohon bantuan ini, ibu tunggal perlu mempunyai akaun email Gmail dan sekiranya belum mempunyai akaun email Gmail, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut :
Cara Buka Akaun Gmail
1. Klik pautan ini : https://mail.google.com/mail/u/0/#
2. Pilih untuk buka emel diri sendiri.
3. Isikan semua maklumat yang diminta. Cipta username, masukkan kata laluan dan klik NEXT.
4. Masukkan NOMBOR TELEFON untuk pengesahan dan tunggu SMS dihantar ke nombor telefon anda. Tinggalkan dahulu ruangan RECOVERY EMAIL ADDRESS dan masukkan TARIKH LAHIR dan JANTINA anda. Klik NEXT.
5. Sahkan nombor telefon anda, KOD PENGESAHAN melalui SMS akan dihantar dan klik SEND. Isi KOD PENGESAHAN yang diterima dan klik VERIFY.
6. Untuk bahagian PRIVACY AND TERMS pula, anda pergi ke bahagian bawah dan klik I AGREE.
7. Email Gmail anda siap.
Setelah siap, anda ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan:
i. Login akaun email Gmail anda dahulu.
ii. Kemudian buka tab baru dan klik pautan ini : https://www.jpw.gov.my/ibu-tunggal-penjana/
iii. Klik negeri anda buat permohonan dan isikan maklumat pada borang permohonan anda.
iv. Lengkapkan permohonan klik NEXT dan klik SUBMIT untuk hantar permohonan anda.
Salinan yang diperlukan ialah
1. Salinan Mykad
2. Salinan penyata akaun tahun semasa
3. Salinan sijil kahwin/cerai/kematian
4. Salinan sijil kelahiran anak/Mykad/Mykid/sijil pengangkatan dari JPN
5. Slip gaji terkini (jika berkenaan)
6. Pengesahan pendapatan atau lain-lain dokumen sokongan (Contoh : surat pengesahan daripada majikan/penghulu)
7. Surat akuan doktor (jika berkenaan)
8. Surat akuan sumpah (sekiranya masih dalam proses penceraian)