Tarikh : 08.03.2020 Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang Lokasi : PKD Bendang Man Peserta : 50 orang |
|
Tujuan:
Program Kluster ini diadakan untuk menggerakkan petugas membuat aktiviti luar bersama komuniti yang berada jauh daripada Pusat Internet seterusnya mengadakan promosi tentang Pusat Internet kepada komuniti tersebut.
Program ini adalah kerjasama bersama Pusat Komuniti Desa di mana para petugas membuat gabungan aktiviti bersama untuk menarik perhatian para komuniti supaya menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan di Pusat Internet mahupun Pusat Komuniti Desa. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti mewarna kanak-kanak, sukaneka, kuiz, E-waste dan sebagainya.