Pada 18/05/2016 (Sabtu) yang lalu, Pusat Internet Malaysia Kg tala telah mengadakan Hari Bersama komuniti.
Tujuan program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet Malaysia Kg Tala dan fungsinya kepada komuniti setempat, mengeratkan hubungan silaturahim diantara pihak pengurusan Pusat Internet dengan komuniti setempat dan menawarkan keahlian secara percuma untuk menggalakkan pendaftaran ahli.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Contohnya, pertandingan poster sekolah rendah, permainan rakyat, pertandingan membuat video serta banyak lagi. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Mahadzir Abd Hamid.