mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku Tahun Keempat 2019 (Disember)

CELIK IT ANIS AMY AZIRA BT HARON

Nama : Anis Amy Azira bt Haron

Umur  : 19 Tahun

Ahli    : 2017

Latar belakang

Adik Anis Amy Azira ialah lepasan pelajar sekolah menengah yang kini sedang mengikuti pekerjaan yang sementara sebelum beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di bidang ijazah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau tidak pernah menggunakan ICT dan kurang mahir menggunakan sebarang bentuk ICT yang ada.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mendaftar ahli di Pusat Internet Kg Tala, beliau telah diberikan kelas komputer secara percuma. Beliau amat bersyukur kerana telah mengetahui mengenai ICT dan didedahkan kepada pelbagai kemahiran yang diperlukan oleh beliau untuk melaksanakan tugasan di peringkat universiti nanti.