USAHAWAN NURSYATILA BINTI M.BASIR
Nama : Nursyatila Bt M.Basir
Umur : 34 Tahun
Ahli : 2016
Latar belakang
Puan Nursyatila menjalankan perniagaan makanan celup bermula pada tahun 2016 lagi. Namun oleh kerana terdapat masalah peribadi, beliau berhenti rehat seketika. Kini beliau menyambung semula perniagaan makanan celup beliau di lokasi baru.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau sekitar RM50 sahaja sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Tala,beliau kini telah memiliki akaun facebook sendiri dan facebook pages di mana beliau dapat mempromosikan produk beliau dengan lebih meluas. Beliau juga menggunakan medium Whatsapp untuk mengambil tempahan dari pelanggan. Pendapatan bulanan beliau juga boleh mencecah hampir RM1000 sebulan bergantung kepada permintaan.