mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti September 2019 : Town Survival Bersempena Rapat Rakyat Daerah Sik

Tarikh    : 14.09.2019

Masa     : 07.45 pagi-2.00 petang

Lokasi   : Dataran Sik Lestari

Peserta : 100 orang

Tujuan  :

Program ini diadakan untuk merapatkan silaturrahim antara agensi-agensi kerajaan, badan berkanun serta swasta daerah sik. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menarik komuniti ke Youth Town yang diadakan setiap hari Sabtu sehingga Ahad setiap minggu.

Pusat Internet Kluster Sik telah diberi tugasan untuk menjaga checkpoint bagi Explorace Town Survival pada hari berkenaan. Aktiviti yang dijalankan semasa menjaga checkpoint tersebut, petugas telah memberikan soalan bertemakan kemerdekaan. Akan tetapi, untuk melepaskan diri dari checkpoint Pusat Internet Kluster Sik, peserta wajib menjawab soalan berkenaan dengan Pusat Internet. Jika peserta tidak dapat menjawab soalan yang disediakan, peserta akan dikenakan denda di mana peserta perlu bermain permainan Musang Berjanggut. 

Peserta explorace terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, badan berkanun serta swasta daerah Sik. Program ini anjuran Majlis Daerah Sik.

Gambar di sini