mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Ogos 2019 : Kelas Komputer (Power Point)

Tujuan  :

Kelas Komputer ini diadakan untuk menarik minat para pelajar luar bandar untuk menggunakan komputer di dalam membuat kerja rumah mahupun tugasan folio yang telah diberikan oleh guru di sekolah. Seperti sedia maklum, para pelajar luar bandar tidak begitu didedahkan dengan penggunaan komputer. Dengan adanya kelas seperti ini, para pelajar dapat membuka mata untuk mempelajari ilmu IT ini.

Petugas memberikan taklimat ringkas berkenaan Klik Dengan Bijak. Seterusnya, petugas memberi kebebasan kepada pelajar untuk memberanikan diri menaip menggunakan keyboard serta memegang tetikus. Kemudian, petugas menyampaikan taklimat ringkas berkenaan Microsoft Office Power point kepada pelajar. Petugas membimbing setiap pelajar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Pelajar berpuas hati serta mahir menggunakan power point tersebut.

Gambar di sini