mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Julai 2019 : Kg Betong Durian Fun Ride

Tujuan  :

Program ini diadakan bertujuan untuk menarik minat pelancong untuk datang ke Jeneri bagi merasai musim buah serta mengunjungi tempat menarik yang berada di sekitar Jeneri ini. 

Program ini dimulai dengan melepaskan peserta bagi merasai ketenangan suasana pagi di sekitar Jeneri sambil menunggang basikal. Kemudian, peserta dibawa ke dusun durian berdekatan Sungai Viral untuk majlis penyampaian hadiah serta penutup. Program ini mendapat sambutan luar biasa. 

Pusat Internet Kluster Sik merupakan agen promosi bagi program ini. Pusat Internet Kluster Sik juga telah memberikan taklimat berkenaan dashboard MyPlace dan MyHealth semasa program berlangsung. Program ini juga mendapat liputan RTM Kedah. Antara agensi lain yang terlibat ialah Majlis Daerah Sik serta AJK Kg Kuala Kerik.

Gambar di sini