Tarikh | : 16.07.2019 |
Masa | : 08.00 pagi – 1 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Tala |
Peserta | : 150 orang |
Tujuan :
Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet dilaksanakan untuk mempromosikan aplikasi Dashboard kepada komuniti, meningkatkan keahlian baru Pusat Internet, meningkatkan pendaftaran sebagai ahli Dashboard.
Program ini juga bertujuan untuk melibatkan penyertaan ahli Skuad Sukarelawan Pusat Internet dalam aktiviti Pusat Internet.
Selain untuk melibatkan penyertaan para agensi kerajaan di dalam aktiviti Pusat Internet, mempromosikan advokasi Klik Dengan Bijak, Sebenarnya.my, Mobile E-waste, Online grooming, Check Your Label dan pengawasan ibu bapa di Internet.
Dengan program ini, semoga kesedaran kesihatan dan kemahiran penggunaan ICT dapat dipertingkatkan kepada komuniti.
Antara agensi yang mengambil bahagian pada program ini ialah seperti Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Klinik Pergigian Daerah Sik, Perpustakaan Desa, Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Tabika Kemas.