Tarikh | : 17 Februari 2019 |
Masa | : 9.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Komuniti Desa Sg. Semiar |
Peserta | : 150 |
Tujuan :
Program ini diadakan bertujuan untuk memudahkan komuniti setempat untuk mengemaskini permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 tanpa ke cawangan LHDN yang agak jauh dari penempatan komuniti di sini. Komuniti juga telah dimaklumkan bahawa setiap permohonan kemaskini BSH boleh dibuat di Pusat Internet berdekatan jika masih menggunakan no telefon yang terdahulu.
Selain itu, petugas juga telah memberikan taklimat dan memperkenalkan aplikasi dashboard kepada orang ramai semasa program berlangsung. Dengan adanya program seperti ini, ia dapat memudahkan komuniti untuk mendapatkan pencerahan berkenaan internet serta kemudahan yang terdapat di Pusat Internet.